Monday, October 19, 2009

16 Sept hari malaysia

Perdana menteri hari ini mengumumkan sambutan Hari Malaysia yang diraikan pada 16 September setiap tahun diisytiharkan sebagai cuti awam untuk seluruh negara mulai tahun depan.

Datuk Seri Najib Razak yang mengumumkan perkara itu pada persidangan Dewan Rakyat berkata pembentukan Malaysia sebagai sebuah negara yang merdeka dan berdaulat merupakan satu titik sejarah yang amat penting.

"Dengan demikian rakyat Malaysia akan merayakan dua hari kebangsaan secara berkembar.

"Hari Merdeka pada 31 Ogos mengingatkan kita akan perjuangan mencapai kemerdekaan dari penjajahan, yang akan dirayakan dengan pelbagai acara rasmi seperti perarakan dan sebagainya untuk mengingati detik sejarah itu.

"Hari Malaysia pula akan dirayakan dengan acara-acara bersifat mengeratkan perpaduan, persefahaman antara kaum, kejayaan dan pencapaian masyarakat menerusi bidang sukan, sosio-budaya, kesenian dan lain-lain yang akan menyemarakkan semangat 1Malaysia," katanya.


Sebahagian petikan dari malaysiakini.Akan tetapi mengapa baru sekarang hendak melaksanakan oleh BN,kerana DSAI telah pun merencanakan 16 sept hari malaysia pada tahun lepas,semasa beliau hendak mengumumkan 30 MP BN hendak melompat,tetapi pelbagai pendapat yang menidakkan rancangan DSAI,yang menidakkan rancangan DSAI adalah orang yang menyokong 16 sept hari cuti umum sekarang.Apakah ini politik malaysia,apabila pembangkang mencadang tidak mahu mengikut padahal sesuatu yang baik,tetapi ditiru pula oleh BN kemudian disokong pula.mengapa telalu banyak PAK ANGGUK didalam pentadbiran sekarang,adakah kita ini berTUHANKan manusia sehingga tidak berani mempertikaikan yang HAQ&BATIL?

jadi renung-renungkanlah sebelum menyokong....!!!!

No comments: