Monday, October 19, 2009

16 Sept hari malaysia

Perdana menteri hari ini mengumumkan sambutan Hari Malaysia yang diraikan pada 16 September setiap tahun diisytiharkan sebagai cuti awam untuk seluruh negara mulai tahun depan.

Datuk Seri Najib Razak yang mengumumkan perkara itu pada persidangan Dewan Rakyat berkata pembentukan Malaysia sebagai sebuah negara yang merdeka dan berdaulat merupakan satu titik sejarah yang amat penting.

"Dengan demikian rakyat Malaysia akan merayakan dua hari kebangsaan secara berkembar.

"Hari Merdeka pada 31 Ogos mengingatkan kita akan perjuangan mencapai kemerdekaan dari penjajahan, yang akan dirayakan dengan pelbagai acara rasmi seperti perarakan dan sebagainya untuk mengingati detik sejarah itu.

"Hari Malaysia pula akan dirayakan dengan acara-acara bersifat mengeratkan perpaduan, persefahaman antara kaum, kejayaan dan pencapaian masyarakat menerusi bidang sukan, sosio-budaya, kesenian dan lain-lain yang akan menyemarakkan semangat 1Malaysia," katanya.


Sebahagian petikan dari malaysiakini.Akan tetapi mengapa baru sekarang hendak melaksanakan oleh BN,kerana DSAI telah pun merencanakan 16 sept hari malaysia pada tahun lepas,semasa beliau hendak mengumumkan 30 MP BN hendak melompat,tetapi pelbagai pendapat yang menidakkan rancangan DSAI,yang menidakkan rancangan DSAI adalah orang yang menyokong 16 sept hari cuti umum sekarang.Apakah ini politik malaysia,apabila pembangkang mencadang tidak mahu mengikut padahal sesuatu yang baik,tetapi ditiru pula oleh BN kemudian disokong pula.mengapa telalu banyak PAK ANGGUK didalam pentadbiran sekarang,adakah kita ini berTUHANKan manusia sehingga tidak berani mempertikaikan yang HAQ&BATIL?

jadi renung-renungkanlah sebelum menyokong....!!!!

Sunday, October 11, 2009

PR KALAH DI BAGAN PINANG

12/10/2009-Bagan pinang telah mencatat sejarah bagi PR(pakatan rakyat) kerana tewas dalam PILIHAN RAYA KECIL dun bagan pinang dengan majaroti yang tinggi,Barisan nasional telah mempertahankan kerusi dun bagan pinang yang kini diwakili oleh isa samad.



mengenai perjalanan kempen pilihan raya kecil ini,didapati kempen yang dilakukan oleh pakatan rakyat@pas,amat perlahan sehingga penduduk setempat tiada maklumat yang tepat.akan tetapi provokasi yang dilakukan oleh penyokong BN telah disembunyikan,kerana mengelakkan parti dipandang kebuntuan atau tiada modal.jadi Bn telah menggunakan jentera keselamatan untuk melindungi kesalahan mereka.Bagi PR kekalahan di dun bagan pinang bukanlah kekalahan mutlak,tetapi pengajaran yang perlu diambil kira setiap sudut untuk mengelakkan perkara di bagan pinang berulang kembali.

Bagi penyokong BN @ PR perlu bersikap rasional agar parti boleh diterima oleh pengundi khasnya rakyat untuk mentadbir kawasan berkenaan,Semasa PRK N31,segala janji telah diberi,kini janji itu perlu ditunaikan oleh wakil yang telah dipilih oleh rakyat,Rakyat telah menjadikan politik sekarang yang lebih moden @ matang,tidak kira sama ada parti memerintah atau membangkang,jadi ketelusan parti dan wakil rakyat perlu seiring bersama.

mengenai laporan media,diharap agar lebih tepat dan tidak memihak kepada sebelah pihak,kerana rakyat sekarang mempunyai sumber maklumat yang alternatif,jadi tidak perlu menyembunyikan berita yang benar kepada rakyat,apa yang dapat dilihat semasa PRK N31,media lebih berat sebelah.jadi tindakkan ini akan mengundang tanggapan serong kepada pihak media...

agar kemenangan isa samad dapat memajukan bagan pinang khususnya rakyat N9,kerana mungkin rakyat N9 mahukan isa samad menerajui N9 kembali.....

salam dan selamat tinggal PRK N31...
kalah tidak bereti kalah selamanya,
menang bukan satu kemegahan,
tugas yang menanti adalah amat berat.