Monday, April 16, 2012

POLITIK....

Ok..dekat sini aku nak bagi tau,semua orang ada hak berpolitik,jadi tidak ada masalah untuk memberi pandangan politik atau menyertai politik pun tidak kira berpihak kepada mana² parti,jikalau benar demokrasi dijalankan,maka semua penyokong parti boleh memberi pandangan serta pendapat.Akan tetapi mengapa ada orang berkata jikalau menyokong pembangkang,negara akan musnah,lihat dinegeri yang ditadbir oleh PAKATAN RAKYAK,parti mana yang mentadbir pembangkang,jadi tidak perlulah menyokong parti pembangkang dinegeri yang ditadbir PAKATAN RAKYAT.

Ada yang mengatakan politik ini sama je,memang betul sama,tapi agenda politik berlainan,jadi kita rakyat ini mempunyai kuasa untuk merubahkan sistem & corak pemerintahan agar berpihak kepada RAKYAT,bukan kepada sekumpulan sahaja yang hanya berslogan demi BANGSA AGAMA & NEGARA.

RAKYAT MEMIMPIN: PTPTN..????

RAKYAT MEMIMPIN: PTPTN..????

PTPTN..????

Sekarang ni,isu PTPTN heboh diperkatakan oleh kerajaan BN-umno,kenapa umno takut sangat dengan isu ini..?kenapa sekarang melatah atau panas buntut seperti diletakkan bara api..?jikalau isu popular yang dibawa oleh DSAI,kenapa umno terlalu beriya² hendak memperjuangkan isu PTPTN agar tidak dihapuskan.

untuk makluman,pendidikan adalah perkara wajib oleh kerajaan kepada rakyat,rakyat harus mendapat pendidikan secara percuma,pendidikan tidak harus dibebankan kepada rakyat.

kerana apa?kerana kerajaan takut jikalau rakyat semakin cerdik maka dengan membuat pembayaran untuk melanjutkan pelajaran,maka tidak ramai yang berhak mendapatnya,dengan itu untuk membolehkan mereka mendapat pendidikan,wujudlah PTPTN yang konon membantu,akan tetapi sebaliknya berlaku apabila pelajar ini menjadi sumber kewangan kepada kerajaan,

jika dahulu setiap pelajar cemerlang akan mendapat biasiswa dari kerajaan kemudian tamat pengajian,pelajar akan menjadi pekerja yang sangat baik,tetapi pelajar sekarang amat mudah untuk masuk kemana² pusat pengajian tinggi asalkan dapat membayar yuran pengajian dengan meminjam PTPTN,Maka berlambak Pusat pengajian tinggi tumbuh macam cendawan.

Kenapa harus menentang kepada orang pihak yang ingin menghapuskan PTPTN..bukankah itu perkara yang baik serta menyenangkan semua rakyat.

ULAMA YANG DIHORMATI OLEH ULAMA LUAR NEGARA

dipetik dari facebook Asal Bukan Umno,
ulama luar negara lebih mengenali tuan guru dato' nik aziz sebagai pemimpin islam,tetapi dinegara sendiri masih ada mengatakan tuan guru ni sesat.....

Sunday, April 15, 2012

NAK PANGGIL APA NI...?????


Aku jadi xberapa nak faham,pasal apa orang nak bagi free,tapi masih ada yang nak membayar..?????

Pasal apa tak nak tayangkan...?

Debat Lynas di RTM tak muncul-munculSelepas tiga minggu, rakaman debat melibatkan anggota parlimen Kuantan daripada PKR Fuziah Salleh berhubung kontroversi pembinaan pusat pemprosesan nadir bumi bernilai RM700 juta di Gebeng, Kuantan masih tidak disiarkan di televisyen.

NONEFuziah berkata, RTM tidak memberikan sebarang penjelasan kepadanya kepada debat dalam rancangan "Bicara Rakyat" yang dikendali oleh Syed Munawar Syed Mustar masih belum disiarkan.

Katanya, beliau hanya dapat berhubung dengan moderator yang berkata masih belum menerima sebarang arahan siaran setakat ini.

Ahli panel lain termasuk Ketua Pengarah Lembaga Perlesenan Tenaga Atom (AELB) Datuk Raja Abdul Aziz Raja Adnan dan Ketua Pemuda GERAKAN Kedah, Tan Keng Liang.

Rancangan itu dirakam pada 16 Mac dan dikatakan sepatutnya disiarkan pada 23 Mac. Rakaman audio rancangan itu kini dimuatkan di Internet.

ehsan dari http://malaysiakini.com/news/195084

MELAYU BANTU SIAPA...?????

Aku amik post ni dekat din binjai pnya blog..umno konon nak bantu orang melayu...tapi tengok melayu mana yang kaya raya,bangsa mana yang kaut untung...???terima kasih din binjai


Tanah rezab melayu dijual oleh pemimpin melayu umno....oh ye ke....tak pe melayu sabar...

Pemimpin melayu umno serah Singapura pada Cina..oh ye ke...tak pe melayu sabar...

Pemimpin melayu umno serah dua telaga minyak blok L dan M pada Brunei..oh ye ke..tak pe melayu sabar..


Pemimpin melayu serah pula tanah dan stesen keretapi kepada singapura...oh ye ke....tak pe melayu sabar...

Tahun 2004, kerusi melayu umno lebih banyak dari kerusi cina Gerakan di P.Pinang tetapi pemimpin melayu umno bagi cina gerakan jadi Ketua Menteri...oh ye ke....tak pe..melayu sabar...

Pemimpin melayu umno serah gunung kepada taukeh judi cina....oh ye ke...tak pe...melayu sabar...

Pemimpin umno tarik biasiswa ganti pinjaman PTPTN yang membebankan pelajar...oh ye ke..tak pe....melayu sabar....

Pemimpin umno naikkan harga petrol....opps salah...bukan naik harga tapi penyelarasan harga..oh ye ke...tak pe..melayu sabar...

Akibatnya harga barang naik....BN Barang Naik...oh ye ke...Bila Naik?...Baru Naik..Berapa Naik?..Banyak Naik...oh ye ke..tak pe...melayu sabar....

Perdana Menteri melayu umno kena tipu dengan menteri cina...oh ye ke...tak pe..melayu sabar...

Depa kata DAP dok tipu melayu...oh ye ke....tak pe...melayu sabar....

Itulah kelebihan melayu....memang saaaaaaaaabaaaarrrr......Hidup Melayu....hehehehe..

Sebenarnya tidak ada bangsa Melayu yang mulia kerana keturunannya Melayu disisi Allah....
Sebenarnya tidak ada bangsa Cina yang mulia kerana keturunannya Cina disisi Allah....
Sebenarnya tidak ada bangsa India yang mulia kerana keturunannya India disisi Allah....
Sebenarnya tidak ada bangsa Arab yang mulia kerana keturunannya Arab disisi Allah...
Sebenarnya yang mulia disisi Allah bukan kerana bangsa atau keturunan tetapi kerana ketaqwaannya kepada Allah...

Berubahlah...janganlah dari dulu kini dan selamanya masih berjuang kerana bangga dengan bangsa dan keturunan Melayu....apalah ertinya kita bangga dengan bangsa dan keturunan kita Melayu yang mengaku Islam tetapi dalam masa yang sama kita ingkar dengan hukum Allah....

- Din Binjai



Sebahagian besar daripada anggota jemaah menteri, termasuk Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang 'ditipu' oleh dua rakan mereka berhubung skandal Zon Bebas Pelabuhan Klang masih berkuasa, kata presiden PKR, Datin Seri Dr Wan Azizah Ismail.

Sehubungan itu, beliau meminta rakyat di negara ini supaya bangkit menolak pemimpin cuai dan berkepentingan tersebut. “Sistem pentadbiran yang mengenepikan kepedulian rakyat dan tatakelola yang baik harus ditamatkan.

Tanggungjawab kita semua untuk menyelamatkan Malaysia dari terus dimiskinkan yang akhirnya membawa kebankrapan,” katanya dalam satu kenyataan akhbar hari ini.


Merujuk keputusan kerajaan mengheret bekas menteri pengangkutan Tan Sri Chan Kong Choy ke Mahkamah Sesyen Putrajaya pada 28 Februari lalu, atas tuduhan menipu mantan Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi berhubung PKFZ, Wan Azizah berkata perkembagan itu menimbulkan pelbagai persoalan.


“Senario terbaru ini telah menimbulkan persoalan mendalam. Betapa mudahnya mantan Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi ditipu dalam skandal PKFZ ini. “Malah isu penipuan ini bukan sahaja kepada perdana menteri tetapi barisan kabinet pada zaman Tun Dr Mahathir.

NONEKebanyakan dari mereka yang 'tertipu' masih berkuasa termasuk Perdana Menteri dan timbalannya hari ini. Menurutnya, pemimpin kerajaan berkenaan telah dengan cuai meluluskan perjanjian tanah berhubung pembangunan PKFZ pada harga yang jauh lebih tinggi daripada nilai pasaran.

Selain Chan, pada 29 Julai tahun lalu, bekas presiden MCA yang juga bekas Menteri Pengangkutan, Tun Dr Ling Liong Sik pula didakwa memperdayakan jemaah menteri bagi meluluskan perjanjian tanah berhubung pembangunan PKFZ.

“Mana mungkin kita membiarkan gerombolan pemimpin cuai yang memberi kerugian RM12 bilion kepada rakyat ini menerajui negera.

“Apa jaminan yang mereka tidak akan melakukan perkara yang sama sedangkan hari ini masih begitu angkuh mengunjurkan pembinaan bangunan 100 tingkat dan lorong pejalan kaki dengan kos tidak di terima akal,” katanya Justeru, Wan Azizah berkata janji Pakatan Rakyat kepada rakyat negara ini adalah bagi menerajui sebuah kerajaan yang adil serta mengamalkan tatakelola yang baik.

“Pilihan raya umum ke-13 adalah peluang terbaik dan nampaknya semakin hampir,” katanya.

* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *
Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat (Din Binjai)

BERSIH!!!!!

JOM KITA BERAMAI²....

PTPTN....


Kepada siapa yang sokong tolong postkan logo ini ke blog masing²

dengar dulu...

ni dia ulama yang tengah popular....dengar ceramah dia..mesti kalian akan faham...


HIDUP KEMBALI....

ASSALAMUALAIKUM,
Hari ni aku mengaktifkan semula blog aku yang telah lama di'hibernate'kan,jadi hari aku akan mengaktif untuk menulis semula serta postkn isu² semasa....
sebarang komen dipersilakan....